Tuesday, February 23, 2010

Masa Muda

Masa muda adalah suatu masa yang paling indah dalam hidup seseorang. Masa yang penuh dengan nostalgia dan yang cukup manis untuk dikenang kembali pada masa tua. Masa yang penuh dengan cita-cita dihari depan. Tentunya saudara menyedari bahawa cita-cita saudara hanya dapat tercapai melalui bekerja dengan pimpinan Tuhan. Seperti pepatah mengatakan Ora et Labora. Banyak orang memulai dengan penuh harapan, penuh rencana hanya berakhir dengan kegagalan yang menyedihkan.

Mengapa sebahagian berhasil sementara yang lain gagal… ?..

Memang ada garis-garis ketentuan untuk mencapai sukses seperti halnya ada sebab-sebab timbulnya kegagalan. Seperti kita kenal dengan raja Sulaiman yang mengemukakan kepada kita tentang pengalaman dan erti kehidupan ini untuk kepuasan dan kebahagian.

Sebagai orang muda raja Sulaiman minta kepada Tuhan bukan kekayaan, kesuksesan atau kemasyhuran tetapi kebijaksanaan. Raja Sulaiman menulis: Orang yang bijaksana harus mengakui bahawa kebijaksanaan itu bukanlah segala-galanya. Memang dalam hal ini kebijaksanaan dapat menolong kita pandai, maju, dalam pengatahuan pada dewasa ini. Tetapi janganlah melupakan hal yang terutama iaitu Ingatlah akan pencipta Mu pada masa mudamu Pengk 12 : 1. kerana hidup yang sepenuhnya diberikan kepada Tuhan akan menjadi hidup yang dipenuhi oleh Roh Tuhan.

Oleh sebab itu biarlah kita pergunakan masa muda kita hanya untuk memuliakan nama Tuhan Yesus seperti raja daud berkata : Apakah yang dapat ku persembahkan kepada mu ya Tuhan, untuk membalas segala kebajikan Mu….. Maz 116 : 12

No comments:

Post a Comment