Thursday, March 1, 2012

Kawasan Kinabalu 2012



SIB Kawasan Kinabalu mempunyai 6 buah sidang. Menariknya kawasan Kinabalu ini adalah kedudukan semua 6 buah sidang yang berada dalam Kawasan Kinabalu berada di kaki gunung Kinabalu gunung tertinggi di Malaysia bahkan di asia tenggara. Kg. Kiau Nuluh, Kiau Taburi, Tomis Jaya, Gahui, Lobong-Lobong dan Koung Ulu. 5 daripada 6 buah sidang yang berada dalam kawasan kinabalu merupakan pecahan kepada SIB Kawasan Taginambur. Oleh kerana jumlah sidang yang berada dalam kawasan Taginambur ketika itu dikira banyak dan juga perhubungan yang tidak berapa baik seperti jalanraya yang menghubungkan Taginambur dengan ke 5 buah sidang ini yang kebanyakannya kedudukan kampung ini di Ulu Sungai Kedamaian tidak berapa baik dan alat komunakasi seperti telephon dan komputer belum begitu berkembang maka 5 buah sidang ini dikeluarkan dan dikumpulkan menjadi satu kawasan yang dinamakan Kawasan Kinabalu. Tomis Jaya merupakan sidang ke- 6, yang dimasukkan dalam kawasan Kinabalu, walaupun kedudukan sidang ini dalam daerah Tuaran tetapi itu sebenarnya tidak menjadi satu masalah. Sidang ini merupakan sidang yang baru didaftarkan. Baru-baru ini Kawasan Kinabalu telah melaksanakan Mesyuarat Agong Sidang - sidang. Berikut adalah keputusan mesyuarat agong sidang bagi sesi 2012-2014.




1) SIB Kiau Teburi - Ahli Majlis Sidang bagi sesi 2012 – 2014
Ketua Majlis Sidang : Pta. Yapin Masikin
Tim. Ketua Sidang : Pta. Bollah Taliban
Setiausaha : Pta. Sinti Daransun
Tim. Setiausaha : Dkn. Duni Molidin
Bendahari : Dkn. Jounis Goliong
Ahli : Pta. Molidin Tunggal
: Pta. Mudi Munsing
: Pta. Gungkat Mogison
: Pta. Dolois Sumbin
: Dkn. Madius Tongkolou
: Dkn. Selikun Nasun
: Dkn. Laipat Megison
: Dkn. Gendili Munsing
: Dkn. Gundeh Yadam
: Dkns. Kasiah Taliban (Wakil PWSIB)
: En. Micknelson Yapin (Wakil PMM




Jumlah Anggota : 412 orang




2) SIB Kiau Nuluh - Ahli Majlis Sidang bagi sesi 2012 - 2014
Ketua Majlis Sidang : Dkn. Jusimin Duaneh
Tim. Ketua Sidang : Pta. Gumbih Gendihong
Setiausaha : Pta. Sokiong Sani
Tim. Setiausaha : Dkn. Jaffrey Downi
Bendahari : Dkn. Gusitin Gilong
Ahli : Dkn. Sadim Miki
: Dkn. Sinail Dunsul
: Dkn. Jaidi Duaneh (Wakil PMM)
: Dkns. Florence Duaneh (Wakil PWSIB)



Jumlah Anggota : 163 orang





3) SIB Koung Ulu - Ahli Majlis Sidang bagi sesi 2012 - 2014
Ketua Majlis Sidang : Pta. Barahim Mangki
Tim. Ketua Sidang : Pta. Lajun Buli
Setiausaha : Dkns. Kuhin Suanti
Tim. Setiausaha : Akan dilantik dalam mesyuarat akan datang
Bendahari 1 : Dkn. Jamri Ronggitom
Bendahari 2 : Dkn. Sindam Yangkat
Ahli : Dkn. Ismail Sinteh
: Dkn. Joseph Yimpun
: Dkn. Madimbun Gindal
: Pn. Lianam Dawat
: Pn. Musili Rose Sungkoling (Wakil PWSIB)
: Cik. Priscella Paunsin (Wakil PMM)



Jumlah Anggota : 175 Orang





4) SIB Lobong-Lobong - Ahli Majlis Sidang bagi sesi 2012 - 2014
Ketua Majlis Sidang : Pta. Guido Ajuh
Tim. Ketua Sidang : Pta. Ruji Badas
Setiausaha : Dkn. Paulus Salinuh
Tim. Setiausaha : Dkn. Raifin
Bendahari : Pta. Yatam Ladat
Ahli : Dkn. Joseph Mintau
: Pta. Sabandar Umpoh
: Dkn. Jamius Z
: Dkn. Yain G
: Dkn. Tain Kihob
: Dkn. Zikol K
: Dkns. (Wakil PWSIB)
: (Wakil PMM



Jumlah Anggota : 315 orang





5) SIB Tomis Jaya - Ahli Majlis Sidang bagi sesi 2012 - 2014
Ketua Majlis Sidang : Pta. Sindeh Taliban
Tim. Ketua Sidang : Dkn. Jackwill Johny
Sudah diprint outSetiausaha : Dkn. Wahidi Taimin
Tim. Setiausaha : (Belum dipilih)
Bendahari : Dkn. Rius Lajuni
Ahli : Dkn. Japenih Gunting
: Dkn. Joseph Banggaron
: Dkn. Patrik Taisin
: (Wakil PMM)
: Dkns. Nualah Sumbin (Wakil PWSIB



Jumlah Anggota : 70 orang






6) SIB Gahui - Ahli Majlis Sidang bagi sesi 2012 - 2014
Ketua Sidang : Pta. Rajin Lingok
Tim. Ketua Sidang : Pta. Mogirong Podoko
Setiausaha : Pn. Roseliani Ipin
Bendahari : Dkn. Lait Ladat
Ahli : Pta. Mogirong Podoko
: (Wakil PWSIB)
: (Wakil PMM)



Jumlah anggota : 104 orang





- Pekerja sepenuh masa SIB Kawasan Kinabalu sehingga kini:

1) SIB Kiau Teburi -: Pst. Juanik Bangunan - Berkeluarga
2) SIB Kiau Nuluh -: Tiada Pastor

3) SIB Tomis Jaya -: Tiada Pastor

4) SIB Gahui -: Tiada Pastor
5) SIB Lobong-Lobong -: Pst. Mathew Markus - Bujang
6) SIB Koung Ulu -: Pst. Jeccy Jimin -

Sunday, January 8, 2012

Takwim SIB Kawasan Kinabalu Tahun 2012.

SIB Kawasan Kinabalu telah membuat takwin untuk dilaksanakan pada tahun 2012. Sila ambil perhatian tentang takwim ini dan tolong war-warkan kepada teman-teman anda bahawa kita ada seminar yang memerlukan penglibatan kita semua sebagai anggota jemaat SIB Kawasan Kinabalu dimana saja anda berada. Untuk makluman semua yang berkesempatan melayari blog ini, .... sebenarnya anda juga dijemput untuk turut serta dalam seminar serta ibadah ini dan sama-sama menerima berkat ..... Amen.... Sebarang perubahan mengenai aktiviti ini akan diberitahukan dari masa ke semasa melalui blog ini.....

01) Seminar Pemuda-Pemudi & Remaja SIB Kawasan Kinabalu

Tarikh : 01-03 Jun 2012

Tempat : Gereja SIB Kiau Teburi

Tajuk : Penceramah & Pengkhotbah :



02) Perkhemahan Wira

Tarikh : 31 Ogos - 01 Sept 2012

Tempat : Gereja SIB Koung Ulu




03) Seminar Pelayanan Kanak-Kanak

Tarikh :

Tempat : Gereja SIB Gahui

Penceramah :Tindakan PKK, Kawasan Kinabalu



04) Seminar Doa & Puasa

Tarikh : 03 Mac 2012

Tempat : Gereja SIB Lobong-Lobong

Penceramah :




05) Perayaan Natal Peringkat Kawasan Kinabalu

Tarikh : 14 - 15 Dec 2012

Tempat : Gereja SIB Kiau Nuluh

enceramah :

Tema :


06) Mesyuarat Agung Kawasan Kinabalu

Tarikh : 17 Mac 2012 ( Sabtu)

Masa : Jam 0830 pagi -

Pengerusi : Rev. Kawat Gindol ( Wakil Dari SIB Pusat)

indakan : AMK Kinabalu / Perwakilan




07) Mesyuarat Agung PWSIB Kawasan Kinabalu

Tarikh : 10 Maac 2012 (Sabtu)

Tempat : Gereja SIB Tomis Jaya

Masa : 0830 pagi -

Pengerusi : Wakil dari SIB Pusat

Tindakan : AMK PWSIB & Perwakilan




08) Mesyuarat Agung PMM Kawsan Kinabalu

Tarikh : 17 Mac 2012 (Sabtu)

Tempat : Gereja SIB Tomis Jaya

Masa : 0830 Pagi -

Pengerusi : Wakil dari SIB Pusat

Tindakan : AMKPMM & Perwakilan


Makluman tambahan sebelum mesyuarat agung umum peringkat SIB Kawasan Kinabalu dilaksanakan terlebih dahulu mesyuarat Agung peringkat sidang akan dilaksanakan iaitu Mesyuarat Agung Pemuda-Pemudi dan Persekutuan Wanita peringkat sidang-sidang setempat dalam SIB Kawasan Kinabalu, akan dilaksanakan sepanjang bulan Januari 2012, Ini disebabkan sepanjang bulan Febuari Mesyuarat Agung Majlis Umum peringkat sidang-sidang akan dijalankan. SIB Kawasan Kinabalu mempunyai enam (6) buah sidang sahaja. Semua Mesyuarat Agung Majlis Sidang ini akan dipengerusikan oleh wakil dari Majlis Kawasan Kinabalu (AMK) yang akan bermula di:



01) Mesyuarat Agung Majlis Sidang SIB Lobong-Lobong.

Tarikh : 12 Feb 2012 (Ahad)

Tempat : Gereja SIB lobong-Lobong

Masa : 0930 Pagi -

AMK : Pst. Junik Bangunan (Pengerusi,) Pta. Sindeh Taliban dan Pta. Sinti Daransun




02) Mesyuarat Agung Majlis Sidang SIB Koung Ulu

Tarikh : 12 Feb 2012 (Ahad)

Tempat : Gereja SIB Koung Ulu

Masa : 0930 Pagi -

AMK : Pta. Dolois Sumbin (Pengerusi), Dkn. Sinail Dunsul





3) Mesyuarat Agung Majlis Sidang SIB Gahui

Tarikh : 12 Feb 2012 ( Ahad)

Tempat : Gereja SIB Gahui

Masa : 0930 Pagi -

AMK : Pta. Bollah Taliban (Pengerusi), Dkn. Jackwill Johny




04) Mesyuarat Agung Majlis Sidang SIB Kiau Nuluh

Tarikh : 19 Feb 2012 (Ahad)

Tempat : Gereja SIB Kiau Nuluh

Masa : 0930 Pagi -

AMK : Pta. Guido Ajuh (Pengerusi), Pta. Barahim Mangki, Pta. Dolois Sumbin, Pta. Rajin Lingok dan Pta. Yatam Ladat.





05) Mesyuarat Agung Majlis Sidang SIB Tomis Jaya

Tarikh : 19 Feb 2012 (Ahad)

Tempat : Gereja SIB Tomis Jaya

Masa : 0930 pagi -

AMK : Pta. Lajun Buli (Pengerusi), Pta. Yapin Masikin, Pta. Sinti Daransun, Pta. BollahTaliban,

Dkn. Jamry Ronggitom.




06) Mesyuarat Agung Majlis Sidang SIB Kiau Teburi

Tarikh : 26 Feb 2012 (AHad)

Tempat : Gereja SIB Kiau Teburi

Masa : 0930 Pagi -

AMK : Pta. Sindeh Taliban (Pengerusi) dan semua Ahli Majlis Kawasan Kinabalu terlibat



Wednesday, December 21, 2011




Selamat Merayakan Natal 2011 ....




Tak terasa oleh kita bahawa Hari Natal telah tiba. Suasana Natal tentunya dengan lagu Natal. saatnya bagi umat Kristen seluruh dunia untuk memutar dan mendengarkan lagu-lagu Natal, bahkan untuk menyanyikan lagu-lagu Natal. Banyak hal yang akan dilakukan oleh umat kristian dihari Natal, selain mengikuti kebaktian-kebaktian ibadah, tentunya kita ingin sekali mengucapkan ucapan selamat merayakan hari Natal kepada saudara seiman kita. Tidak ketinggalan juga kita menerima ucapan selamat hari natal daripada sahabat dan keluarga dimana juga mereka berada ..... apakah itu melalui kad, telephon atau ucapan langsung dari mulut mereka ….


Sempena perayaan Natal tahun ini Ahli Majlis Kawasan Kinabalu ingin menyampaikan Ucapan selamat merayakan Natal 2011 ini, kepada umat kristen dimana juga berada, terutama sekali ucapan ini dikhaskan kepada seluruh jemaat SIB Kawasan Kinabalu dengan harapan dimana juga anda merayakan perayaan Natal tahun ini ingatlah bahawa Natal adalah salah satu perayaan terpenting dalam kekristenan. Natal adalah hari kelahiran Yesus Kristus, Anak Allah, yang lahir dari Maria, di sebuah palungan di kota Betlehem, lebih dari dua ribu tahun yang lalu... sesungguhnya sebuah bintang terang nampak di langit dan memandu orang majus untuk menyembah Yesus. Orang-orang majus tersebut membawa persembahan emas, kemenyan, dan mur untuk bayi Yesus. Bayi inilah yang kelak akan tumbuh menjadi Juru Selamat atau Mesias bagi umat manusia.... Maukah kita menjadi bintang terang yang menerangi dan mendahului orang majus sehingga sampai kepada bayi Yesus itu .... Dimana dan bila saja kita mahu pastinya Yesus akan sentiasa bersama kita dan memampukan kita untuk menjadikan bintang terang yang terus bersinar terang .....bersinar terang .... dan terus menerangi... Orang Majus menemukan Yesus melalui bintang ... Aku memberi kepadamu berita kesukaan yang besar. Apakah kesukaan itu ada saudara ? Kesukaan itu tidak ada pada benda-benda materi tapi hanya ada pada Tuhan Yesus saja. Jadi kalau kita ketemu Yesus, kenali Dia secara pribadi.... pasti kesukaan jadi milik kita ..... .....


Amsal 8: 36, Tetapi siapa tidak mendapatkan aku, merugikan dirinya;


Siapa tidak mendapatkan Aku, merugikan dirinya. Saya tidak mau saudara rugi, saya tidak mau dalam natal ini saudara rugi. Saya mau saudara mengalami keberuntungan, yaitu dengan menemukan Yesus. Yesus adalah pusat dari segala-galanya..... Jadi melalui perayaan Natal tahun ini jangan sampai saudara tidak ketemu dengan Yesus..... berusahalah sampai saudara dan saya bertemu dengan Yesus ..... Jangan lupa jaga kesihatan, keselamatan diri terutama sekali apabila balik kampung atau balik ke tempat kerja ......


SELAMAT NATAL 2011
DAN
SELAMAT TAHUN BARU 2012


Semoga damai Natal selalu beserta dengan kita...... Immanuel.

Sunday, June 26, 2011

Pelangi

Dalam filem yang terkenal judulnya Wizard of Oz, bintang filem Judy Garland menyanyikan dan mempopularkan sebuah lagu yang telah menjamah jutaan hati para peminat-peminatnya. The Rainbow atau diseberang pelangi. Penyanyi ini telah mengungkapkan suatu kerinduan untuk melarikan diri ke sebuah tempat yang jauh daripada banyak persoalan hidup. Penyanyi itu memberitakan tentang suatu tempat yang jauh disebarang sana yang bernama Sangrila,dimana burung-burung berterbangan dibalik pelangi dan Judy bernanyi “MENGAPA-MENGAPA SAYA TIDAK PERGI KE SANA SAJA?” Namun rupanya dalam filem itu Judy Garland tidak dapat menemukan Sangrila yang penuh damai itu, bahkan lebih malang lagi hidupnya dalam dunia ini, ia juga tidak berhasil menemukan kedamaian dan kebahagiaan itu, sehingga ia mengakhiri hidupnya dengan bunuh dirinya. Banyak orang yang semacam Judy Garland dimuka bumi ini. Mereka merasa bahawa kebahagiaan dan kedamaian itu ada di suatu tempat yang jauh di seberang pelangi, suatu tempat Sangrila yang jauh di sebarang sana. Raja Daud mengungkap hal ini dalam Mazmur 55:7. Seketika dalam ketakutan dan kegentaran ia berfikir: ”Andaikata aku diberi sayap seperti merpati, aku akan mencari tempat yang tenang (damai ditempat jauh di sana).
Bagi kebanyakan orang damai adalah suatu “andaikata”. Mereka berkata, saya akan merasa damai dan bahagia andaikata saya mempunyai anak. Andaikata saya mempunyai kereta, andaikata saya bertugas disini. andaikata saya mempunyai rumah batu dan banyak lagi andaian-andaian yang semahunya dicapai. Seperti Judy Garland, mereka mengira bahawa kedamaian hanya ada diseberang sana iaitu di Sangrila, disuatu tempat yang jauh diseberang pelangi , suatu tempat yang tidak dapat kita jangkau. Kedamaian “andaikata” ini seringkali membawa kekecewaan.




Pada malam natal malaikat-malaikat Tuhan memberitakan tentang khabar damai yang telah datang bagi dunia ini. Bukan damai di Sangrila yang khayal, tetapi damai di tempat kita berada sekarang ini, damai didalam segala keadaan yang harus kita hadapi saat demi saat. Berita itu adalah Kemuliaan bagi Allah yang Maha Tinggi dan damai sejahtera di bumi diantara manusia yang berkenan kepadaNya”(Luk2:14). Dengan datangnya Tuhan Yesus sebagai Raja Damai kedalam dunia ini, manusia tidak usah mencari kedamaian ditempat yang jauh yang seringkali tidak terjangkau seperti Sangrila di sebarang pelangi. Dimana pun kita berada saat ini dan bagaimana pun keadaan kita damai itu dapat kita alami, apabila kita membuka hati kita untuk Yesus Raja Damai, Raja Kekal, Raja segala Raja...... Amin....

Thursday, February 17, 2011

Tuhan lebih tahu tentang diri kita dari pada kita sendiri

Dari kata kata tersebut kita harusnya tidak sombong, karena kita saja yang hidup dalam tubuh kita sendiri, pengetahuan kita atas diri kita sendiri masih jauh sekali bila dibandingkan pengetahuan Allah tentang diri kita. Kita sebagai manusia punya 2 hal yaitu kelebihan dan kelemahan, Tuhan bisa lebih tahu kelebihan dan kelemahan kita secara penuh dari pada kita sendiri. Kita sendiri terkadang susah mengetahui kelebihan dan kelemahan kita. Jadi kalau ada orang yang bilang "buat apa perlu Tuhan, yang tahu diri saya adalah saya". Pernyataan ini salah besar. Jangan mengira bahwa pengetahuan kita atas diri kita lebih banyak dari Tuhan. Ini salah besar. Dengan dasar inilah makanya Tuhan tahu memberi yang terbaik dalam hidup kita. Terkadang menurut Tuhan itu yang terbaik tapi menurut kita itu yang tidak baik. Sebenarnya judgment Tuhan lebih tepat kenapa? karena Dia tahu tentang kita lebih banyak daripada kita sendiri dan pengetahuanNya itu SEMPURNA.

Contoh Kisah Nyata, ada seorang pria yang takut Tuhan, menikah dengan gadis yang berbeda suku dan berbeda kebudayaan. Yang gadis keturunan keluarga yang cukup berada dan sekolah di luar negeri sedangkan si lelaki ini hanya lulusan SPM dan dari keluarga yang tidak mampu. Tadinya gadis ini selalu menolak lelaki ini karena dari. pendidikan, latar belakang dan tampang tidak sesuai dengan keinginan gadis ini, namun akhirnya Tuhan berkata bahwa lelaki inilah yang terbaik buat dia. Setelah menikah kemudian gadis ini baru menyadari bahwa ternyata lelaki ini memang yang terbaik dari Tuhan yang diberikan kepadanya. Awalnya gadis ini marah sama Tuhan kenapa Tuhan memberikan lelaki yang tidak hensom dan tidak sesuai dengan pilihannya. Tapi Tuhan itu LEBIH TAHU DIRI WANITA ini daripada wanita ini sendiri.

Dari kisah nyata di atas yang pernah disaksikan di gereja, dengan jelas sekali terkadang kita sebagai manusia tidak dapat mengetahui sepenuhnya tentang diri kita baik KELEBIHAN maupun KEKURANGAN kita, tapi Tuhan itu tahu semuanya. Karena tahu semuanya, maka bagi Tuhan itu MUDAH sekali memberi sesuatu yang TERBAIK. buat kita walaupun terkadang itu berbeda sama pilihan kita.

Jadi apakah Tuhan pernah salah memberikan sesuatu yang menurutNya itu sangat Baik tapi menurut kita tidak baik ? jawabannya tidak pernah kenapa? karena Dia tahu segalanya tentang kita.

Apakah saudara sudah mengetahui semua kelemahan dan kelebihan saudara? Kalau belum berdoalah dan minta Tuhan yang membukakan semuanya. Itulah hebatnya Tuhan, He knows everything from us!!!

Semoga Tuhan memberkati.

Wednesday, February 16, 2011

Aktiviti SIB Kawasan Kinabalu Tahun 2011.

Berikut adalah beberapa aktiviti yang dirancang dan akan dianjurkan oleh SIB Kawasan Kinabalu tahun 2011. Sila ambil perhatian tentang aktiviti ini dan tolong war-warkan kepada teman anda bahawa kita ada seminar yang memerlukan penglibatan kita semua sebagai anggota jemaat SIB Kawasan Kinabalu dimana saja anda berada ....Amen.... Sebarang perubahan mengenai aktiviti ini akan diberitahukan dari masa ke semasa melalui blog ini.....

01). Seminar & Konferensi Mini (PMM)
Tarikh : 10 - 12 Jun 2011
Tempat : Gereja SIB Lobong-Lobong
Tajuk : Kesedaran Para Pemimpin Muda
Penceramah & Pengkhotbah : Pst. Lam Kheng Heng

02). Seminar Wira/Bapa-Bapa
Tarikh : 17 Sept 2011
Tempat : Gereja SIB Koung Ulu
Penceramah : Ref. Ernest Leduning

03). Seminar Guru-Guru PKK
Tarikh : Belum ditentukan (PKK,KK)
Tempat : Gereja SIB Kiau Nuluh
Penceramah :Tindakan PKK, Kawasan Kinabalu

04). Mesyuarat Agung Tahunan Kawasan
Tarikh : 29 Oktober 2011
Tempat : Gereja SIB Tomis Jaya
Tindakan : AMK Kinabalu / Perwakilan

05). Perayaan Natal Kawasan Kinabalu & PKK
Tarikh : 09 & 10 Dis 2011
Tempat : Gereja SIB Kiau Teburi
Pengkhotbah :


Daripada:Ahli Majlis Kawasan Kinabalu

Wednesday, October 13, 2010

Kuasa Wang

1 Tim 6 : 10, Yoh 14 : 27, Ibr 13 : 5

Setiap orang berfikir bahwa memiliki wang berarti memiliki segalanya, orang bekerja keras hanya untuk mendapatkan wang. Keadaan ini sangat sesuai dengan lagu yang biasa dinyanyikan oleh anak-anak Sekolah Minggu, "Apa yang dicari orang ... uang. Apa yang dicari orang pagi siang sore malam ...wang ... bukan Tuhan Yesus."Seringkali kita melihat bagaimana berkuasanya wang. Dengan mudah seseorang tunduk kepada perintah orang lain hanya kerana wang. Kita mendengar di surat khabar tentang berbagai macam rasuah yang melibatkan orang ramai. Wang juga bisa membuat seseorang sanggup melakukan tindakan-tindakan tidak bermoral (1 Timotius 6 : 10).
Di dalam Alkitab kita juga bisa membaca tentang orang-orang yang dengan mudah berbuat tidak benar karena wang. Petualang-petualang dan orang-orang nekat rela mendukung Abimelekh untuk menjadi raja sebagai pesaing dari kepemimpinan yang sah hanya karena tujuh puluh wang perak. Delilah berusaha semaksima mungkin untuk bisa mengkhianati Simson hanya karena seribu seratus wang perak yang dijanjikan masing-masing raja kota orang Filistin kepadanya. Penguasa-penguasa Israel pada zaman Amos suka menerima rasuah sehingga mereka sanggup mengenepikan orang miskin. Para kepala kaum, nabi-nabi dan imam-imam bangsa Yahudi dan Israel pada zaman Mikha melakukan tugas pelayanan mereka karena uang. Yudas mengkhianati Yesus karena tiga puluh keping perak, tetapi menariknya, sekalipun sepertinya wang sangat berkuasa, namun wang tidak bisa membeli segalanya. Wang tidak bisa membeli kebenaran, sejarah kebangkitan Yesus.
Wang tidak bisa membeli kuasa untuk pelayanan pembaptisan Roh Kudus seperti yang diingini Simon si tukang sihir.Wang memang penting, setiap kita memang memerlukannya. Wang bukanlah segalanya, wang tidak bisa menjadi sandaran hidup, wang tidak memberikan kebahagiaan sejati. Wang menjadi bermanfaat ketika kita menjadikannya sebagai alat secara benar dan sebagai alat untuk kemuliaan nama Tuhan, dan yang lebih penting lagi, "Janganlah kamu menjadi hamba wang dan cukupkanlah dirimu dengan apa yang ada padamu. Karena Allah telah berfirman: 'Aku sekali-kali tidak akan membiarkan engkau dan Aku sekali-kali tidak akan meninggalkan engkau.''' (Ibrani 13 : 5).

Ingat : Kuasai wang jangan sampai wang menguasai diri kita, kerana bahaya besar menanti jika wang yang memerintah hidup kita ........ !

Aku bersyukur atas berkat kewangan yang Engkau berikan. Tolong Bapa agar aku tidak terlalu bergantung pada wang melainkan bergantung kepadaMu. Dalam nama Yesus aku memohon supaya ketika anda mulai menyerah pada kekuasaan wang, pikirkanlah akan kekuasaan Tuhan yang jauh lebih besar ...... Amin ......